Wednesday, April 8, 2009

Bayu ingin berkongsi cerita

GANGGUAN MAKHLUK HALUS ATAU GANGGUAN MANUSIA?

MANUSIA sering membicarakan tentang makhluk halus sejak kebelakangan ini.

Manusia sering bertanya adakah makhluk halus seperti jin dan syaitan punca berlakunya gangguan pada diri sendiri

Cuba kita selami diri kita

Cuba kita fahami diri kita

Cuba lihat hati kita

Gangguan itu bukanlah perasaan yang jiwa kita mahukan

Namun, apabila jiwa itu datang,

Terasa merobek-robek hati kita

dan memberikan tekanan

Kita jangan lupakan pada Allah

Ingat banyak-banyak kepada Allah dan Rasulullah...

Pagi tadi, selepas pulang solat subuh di BISA

Ana dipanggil oleh seorang adik junior

Sebelum ana keluar dari pintu surau, dia salam dan cium tangan ana,
Terasa sejuk sahaja tangannya, Ana semacam ada sesuatu pada diri dia...Mukanya nampak pucat di tambah pula dengan wajahnya yang cantik putih bersih menampakkan kesuraman wajahnya.

Secara peribadinya, ana mengangumi kecantikan wajahnya. Dia merupakan insan dari negeri Borneo. Ana juga kagum dengan pegangan agama yang dianutinya sekarang. Dia sebenarnya baru 10 tahun menganut agama Islam.Walaupun begitu, dia tetap berusaha untuk belajar bersungguh-sungguh melancarkan bacaan Al Qurannya. Dia sedang berusaha untuk khatamkan bacaannya. Ana betul-betul terasa kerdil kerana insan yang baru menganut agama Islam ini begitu menjaga agamanya itu. Semoga Allah sentiasa memberikan hidayah petunjuk kepadanya dan dia beristiqamah untuk memahami Islam...

Jam 6.50 pagi, ana mengajaknya datang ke bilik ana untuk dia luahkan apa yang dia mahukan. Dia menceritakan masalahnya yang sukar untuk tidur, sukar untuk membuat assignment, memberi fokus untuk membuat kerja-kerja hariannya. Dia meluahkan perasaannya sehingga mengeluarkan air mata yang terlalu banyak. Alhamdulillah, ketika dirinya sedang menangis ana diberi kekuatan oleh Allah untuk mendoakan tentang masalah yang sedang dihadapinya. Ana lihat sahaja wajahnya... Setelah lama dia meluahkan segala-galanya...Ada satu ayat daripadanya yang membuatkan ana memahami perasaannya.

Dia menyatakan hatinya seperti "ditekan-tekan habis habisan"...Ana terbayangkan akan perasaannya pada ketika itu...Ana mulai faham akan masalahnya...

Katanya :"akak, apa yang patut saya lakukan?" (menangis)
" saya dah tak tahan lagi..........
" sudah lima bulan kak saya menanggungnya "(dia mengulangi kata-kata ini)
" saya dah tak tahu nak buat apa...

Lalu, ana pula berkata kepada dia...

" Adik, apa yang adik lakukan sekarang untuk menenangkan hati adik ?"
Dia jawab....

" Saya bangun pagi-pagi, saya akan solat hajat untuk tenangkan hati saya,tapi saya susah nak tido...nak makan...semuanya saya rasakan di dunia ni...bila saya tengok kasut cantik, baju cantik, saya dah tak ada perasaan pada itu semua,kak"

" Tolong saya,kak"

Ana jawab :

" Adik, setiap manusia di dunia memang mempunyai urusan masing-masing yang perlu diselesaikan. Apa lagi yang adik buat untuk tolong diri adik?

" Bila perasaan tu datang, saya akan cepat-cepat capai apa sahaja ayat Quran, saya baca...tapi kak, masa sya baca surah al-falaq,pada ayat 1 saya baca ok...tapi, bila ayat 2,3,saya rasa panas dan berpeluh...kenapa kak?"

Dia mula ingin berkongsi lagi :

" Akak, mak saya kak"...

Ana diam...

" Mak saya, bila saya meluahkan perasaan saya ni, mak saya akan kena high blood, dan setiap kali itulah mak saya akan dimasukkan ke dalam wad."

"Pernah saya telefon mak saya, lalu mak saya cakap, darah tinggi mak, ubatnya ialah bila kamu sembuh saja dari penyakit kamu ni"

Dia menangis dengan lebih lagi dan kali ini, ana kene memberikan belaian tangan untuk memujuk dirinya supaya mengawal perasaannya...

Setelah itu...ana diam dan memohon sangat2 pada Allah supaya diberikan ana ilham sebab pada ketika itu, hati ana pun sedang mengingatkan diri ana yang ana belum lagi mengaji Quran...

Ana hanya mampu berkata pada dia " Apakah nilai ibadat yang adik dah buat?

Dia tak paham (menunjukkan wajah yang seolah-olah bertanya) ...

Ana jelaskan kepadanya "Maksud akak, adik ada memperkemaskan ibadat adik?

Dia senyum...

Ana balas senyuman dia dan menyambung ....

"Adik, dalam hidup kita ni...kita sangat2 perlukn Allah, Dialah kekuatan dan pembantu kita. Allah memang terlalu dekat dengan kita, jarak Allah dengan kita hanyalah setakat di halkum kita, Allah terlalu dekat dengan kita dik..."

Dia jawab : "Betul kak, saya dapat rasakan apa yang akak cakap...pada ketika saya susah ni...saya tak berani nak luahkan pada kawan-kawan, tapi setelah ni saya cuba luahkan kepada mereka, mereka cakap...ala, biasalah tu...terbayang benda-benda macam tu..nanti oklah tu...

Akhirnya..ana cakap ....

"Kita sebagai manusia memang seorang yang sentiasa melakukan kesalahan, apa yang berlaku pada adik adalah ujian daripada Allah, Dia menyayangi adik...buktinya, semasa jiwa adik tengah jadi sebegitu...adik dekatkan diri adik kepada Allah..tidak seperti yang kawan-kawan adik yang lain..Apa yang penting sekarang ni...adik mestilah memperkemaskan ibadah kepada Allah walaupun adik sudah memperkemaskan fizikal adik...Ingat, jiwa adik mestilah dikemaskan dengan baik terlebih dahulu, yang lain macam hal-hal dunia pastinya akan ikuti adik..InsyaAllah...percayalah.

Kemudian, dia ucapkan terima kasih dan menyatakan perasaannya gembiranya.

Ana pun bersiap dan bawa lah juga Quran ke bilik kuliah....(",)

Tuesday, April 7, 2009

Dunia Bayu Syurga



Salam Ziarah...

Salam Ukhwah...

Salam perkenalan...

Salam berkasih sayang kerana redhaNya...

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

wahai ahli bayu syurga sekalian...

SEBARKANLAH DAKWAH MESKIPUN KAMU SEDANG MENGHADAPI UJIAN DARINYA...

Dalam peristiwa yang berlaku dalam hidupku, terlalu banyak tidak diketahui oleh

sahabat-sahabatku meskipun mereka rela dan mampu untuk mendengarnya,

Telah ana berikrar di dalam hati ana,

Meskipun ana terlalu susah menghadapi hidup ini,

Ana akan berusaha untuk melebarkan sayap dakwah,

Walaupun ana dibenci dan tidak disukai oleh sesiapa,

Kerana ana sudah mengalaminya banyak kali,

Walau berapa ramai manusia yang berjumpa dengan ana,

Ada yang tidak berpuas hati,

Namun, akhirnya...merekalah orang yang sentiasa menghampiri ana,

Kadang-kadang ana pelik,

Mengapa jadi begitu,

Ana faham mungkin mereka tidak berpuas hati dengan cara ana,

Yang kadang-kadang suka melakukan dakwah dengan cara yang mereka tidak mahu,

Namun, itu semua UJIAN daripada Allah,

Ana tidak kisah dengan apa yang mereka hendak cakap,

Kerana jawapannya tetap sama Dakwah tetap perlu diteruskan meskipun kita tidak disukai oleh manusia,

Sedikit perkongsian kisah suka duka ana,

Ketika ana menjadi pemimpin untuk membawa Islam,

Ana lihat ramai yang merungut,

Mereka berkata :”Anti, kenapa buat macam ni, ana tak sukalah.”

” Anti, banyaknya program, tak rasa enjoylah hidup anti”

“ Anti, tak buat PBS di negeri lain ker? Carilah angin lain...ntah2 dia tak nak buat kat tempat lain sebab ada program kat kampung dialah tu..

” Anti, time cuti, anti kene bersama dengan family, bukannya asyik keluar pegi uruskan program”

Dari keluarga terdekat ana pun ada juga yang bercakap :

”Erm...kalau balik dalam masa seminggu, tinggal kat rumah setakat dua jam, tiga jam, baik tak payah balik, menyemak jer...”

” Apa lagi tu...letak beg, salam mak, cium mak, pastu mtk kebenaranlah tu, nak g wat program kat at......, lain kali jangan balik”

Bayangkanlah para dakwah sekalian, walaupun niat kita baik untuk berdakwah pada jalan Allah, namun, kita tetap akan dapat tohmahan....sebab itulah sebahagian daripada ujian dalam dakwah...

Kita fikir semula : bayangkanlah, kita sangat berharap orang yang kita sayangi, memberi sokongan yang kuat pada kita untuk melakukan perkara dakwah, namun???

Jika kita tidak dapat apa yang kita hendak itu???

Bagaimana???

Mudah sahaja, tips yang ana selalu buat, ana menangis, keluarkan air mata dan sujud syukur serta qiammulail 40 malam berturut-turut kepada Allah yang sedang memberi ujian kepada ana....(”,)

Kemudian ana pasti akan merindui Rasulullah s.a.w dan membayangkan bagaimana perasaan baginda ketika baginda cedera kerana berdakwah kepada penduduk Taif...
Baginda memang kekuatan ana..

Ingatlah ketika kita mendapat tohmahan itu, sebenarnya kita sedang diperhatikan oleh Allah yang mahu melihat tindakan kita sama ada kita akan berhenti berdakwah kerana tidak tahan dengan ujian itu atau kita teruskan...

Peristiwa ini telah berlaku pada ana sejak tahun 2006 lagi, tapi dua tahun selepas itu ana mendapat hadiah yang lumayan daripada Allah berkat daripada kesabaran ini.

1) Ana mendapat sokongan daripada ahli keluarga ana sehinggakan mak ana memberi kepercayaan kepada ana untuk meminjamkan ana periuk nasi kesayangannya yang digunakan untuk kenduri kahwin adik beradik ana selama 2 minggu...(siap tolong angkat lagi) hehe..

2) Ketika ana ada slot dengan adik-adik pada waktu malam...bapa ana sanggup mengambil ana dengan ditemani oleh mak ana walaupun masa tu dah pukul 2 pagi,abang, kakak dan adik ana pun sama


3) Ana telah bertemu dengan seorang sahabat yang sentiasa mahu membantu ana melakukan aktiviti dakwah terutamanya time cuti sekolah...Alhamdulillah dia sangat setia dengan ana untuk beri sokongan dan bantu ana dalam hal-hal teknikal

4) Ana terasa bagaikan sedang disayangi oleh Rasulullah s.a.w dan terbayangkan senyuman manis baginda dan para sahabat di dalam syurga


5) Ana sering teringat pada kesibukan Siti Khatijah yang sentiasa memberi sokongan kepada Rasulullah dan dialah pembakar semangat jihad ana.

6) Ana berpeluang untuk tidur selama 30 minit hingga 1 jam sahaja dalam masa 2 minggu ketika menguruskan program bersama dengan adik-adik, tidak meninggalkan qiammulail dalam tempoh itu dan merasa segar untuk bersama dengan adik-adik melakukan solat dhuha dan mengajar mereka tajwid, bercerita, dan sebagainya....Subhanallah!Alhamdulillah! Taqqarub illalah!


7) Ana berpeluang untuk mengadakan sesi dialog dengan Ustazah Fatehah (anak Menteri Besar Perak) bertanyakan tentang pelbagai isu.

8) Perkara yang paling ana tidak sangka ialah ana mendapat anugerah tokoh Maulidur Rasul dan hadiahnya banyak memberi tarbiyyah kepada ana iaitu buku ”La Tahzan”

- Banyak lagi nikmat yang ana rasai, namun dalam kenikmatan itu masih lagi ada ujiannya...namun...kita senyum selalu..(”,)

DAN KALAMULLAH YANG MENJADI MISI SYIAR JIHAD ANA IALAH :

Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a. w.) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari I’tiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syara’). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.” (Al-Jumu’ah: 2)

MENGELUARKAN MANUSIA DARIPADA KESESATAN YANG NYATA...
MEMANFAATKAN SETIAP BARIS AYAT-AYAT ALLAH SEBELUM KITA KEHILANGANNYA APABILA TIBANYA WAKTU QIAMAT...

Labels:

BILA BAYU MULA BERBICARA TENTANGNYA...

Aku tidak pernah hendak merasa menunjukkan apa-apa kepada manusia,

Apa yang ingin aku tunjukkan ialah satu perkara yg tidak terfikirkan oleh manusia,

Pada hari ini, aku melihat kita kadang-kadang terjatuh kaku kerana dosa-dosa yang kita lakukan,

Kita memandang manusia sebagai makhluk yang salah,

Tapi kita tidak memandang segala-galanya adalah ujian daripada Allah,

Sungguh...

Di sini ku coretkan puitis syahdu untuk kalian,

Sahabat,

Telah aku selamatkan dirimu daripada lembah kehanyutan dunia,

Tidak pernah diriku merasakan diriku bangga mengajakmu ke dalam dakwah Islam,

Kerana diriku sedar, diriku juga tidak sehebat dan mantap seperti Rasulullah,

Tapi diriku telah berikrar dengan anggotaku bahawa setelah diriku menjalani ’ujian’ itu,

Diriku akan sanggup mengorbankan apa sahaja,

Pada tahun itu...

Setelah ” peristiwa” itu tamat merobek-robek jiwaku,

Aku merasakan Allah sedang mengujiku,

Pada ketika itu, aku merasakan keseronokan melakukan nikmat bersamaNya,

Tidak diriku sangka ”peristiwa” itu akan berlaku dalam bulan yang mulia,

Namun, ketenangan bersamaNya membuatkan diriku merasakan bahawa itulah Allah,

Kalian mungkin tidak merasai,

Apa yang diriku rasakan,

Ketika ”peristiwa” itu berlaku,

Betapa diriku terasa terkurung di dalam penjara yang teramat gelap,

Bagaikan nyawa ini sedang dipanggil oleh Ilahi,

Untuk menghadapNya,

Aku memang berharap ketika berlaku ”peristiwa” itu,

Aku mahu kepada Nya,

Aku sudah penat untuk bersama dengan manusia,

Namun, aku tahu manusia sentiasa memerhatikanku,

Aku dapat rasai,

Bersama dengan manusia tidak sama zatnya bersama dengan malaikat di kananku,

Percayalah kalian,

Diriku sudah mempercayai nikmat bersama dengan malaikat,

Ketika si dia sedang cuba melakukan ”peristiwa” itu,

Tenaga wanitaku tidak mampu untuk melawannya,

Batinku menangis,

Airmataku berlinangan,

Apakah nasib diriku selepas ini,

Namun,ketika itu...

Panggilan kalimah ALLAH,

Menusuk dalam hatiku,

Hatiku telah memanggilnya berkali-kali,

Lantas, sedang aku berdoa dan berserah kepadaNya,

Subhanallah,

Aku telah dibantu oleh malaikat di kananku,
Batasan kewanitaanku untuk menepis ”gerbang” itu,

Yang di kiri dan kanannya berpaku-paku,

Berdindingkan batu,

Namun berjaya dijatuhkan,

Tidak terfikir akan aku kemampuanku itu,

Namun dalam kesusahan diriku itu,

Malaikat di kananku telah membantu aku meruntuhkan ”gerbang” itu,

Begitulah kesenangan yang telah aku rasai,

Pengalaman ini membuatkan aku menjadi orang kuat untuk hidup,

Untuk memulihkan semangatku,

BELAIAN Allah dan MalaikatNya,

Sudah cukup untuk aku meneruskan hidup ini untuk sibuk berada dalam jalanNya...

” Lailahaillah Muhammad ya Rasulullah”

Labels:

JEMPUTLAH DIRIMU KE DALAM SYURGA HAMBA

SyurgaMu membuatkan aku menyayangimu,
Kerna di situ ku dapati kemanisan bersamaMu,
Berkasih sayang membuatkan diriku terpaut kepadaMu,
Ilahi yang kurindui,
RumahMu kini suram,
Dek kesibukan hamba dengan dunia ini,
Maafkan daku sayang,
Bukan niatku untuk melupakan diriMu,
Namun, aku hambaMu yang biasa,
Yang kadang-kadang leka dengan urusan duniawi,
Maafkan daku sayang,
Engkau sentiasa di hatiku,
Buat selama-lamanya,
Semoga malam pertamaku denganMu adalah malam yang terindah untuk kita,
Terima Kasih Tuhan,
Atas nikmat syurga yang telah Engkau berikan kepadaku...

Labels: