Wednesday, April 8, 2009

Bayu ingin berkongsi cerita

GANGGUAN MAKHLUK HALUS ATAU GANGGUAN MANUSIA?

MANUSIA sering membicarakan tentang makhluk halus sejak kebelakangan ini.

Manusia sering bertanya adakah makhluk halus seperti jin dan syaitan punca berlakunya gangguan pada diri sendiri

Cuba kita selami diri kita

Cuba kita fahami diri kita

Cuba lihat hati kita

Gangguan itu bukanlah perasaan yang jiwa kita mahukan

Namun, apabila jiwa itu datang,

Terasa merobek-robek hati kita

dan memberikan tekanan

Kita jangan lupakan pada Allah

Ingat banyak-banyak kepada Allah dan Rasulullah...

Pagi tadi, selepas pulang solat subuh di BISA

Ana dipanggil oleh seorang adik junior

Sebelum ana keluar dari pintu surau, dia salam dan cium tangan ana,
Terasa sejuk sahaja tangannya, Ana semacam ada sesuatu pada diri dia...Mukanya nampak pucat di tambah pula dengan wajahnya yang cantik putih bersih menampakkan kesuraman wajahnya.

Secara peribadinya, ana mengangumi kecantikan wajahnya. Dia merupakan insan dari negeri Borneo. Ana juga kagum dengan pegangan agama yang dianutinya sekarang. Dia sebenarnya baru 10 tahun menganut agama Islam.Walaupun begitu, dia tetap berusaha untuk belajar bersungguh-sungguh melancarkan bacaan Al Qurannya. Dia sedang berusaha untuk khatamkan bacaannya. Ana betul-betul terasa kerdil kerana insan yang baru menganut agama Islam ini begitu menjaga agamanya itu. Semoga Allah sentiasa memberikan hidayah petunjuk kepadanya dan dia beristiqamah untuk memahami Islam...

Jam 6.50 pagi, ana mengajaknya datang ke bilik ana untuk dia luahkan apa yang dia mahukan. Dia menceritakan masalahnya yang sukar untuk tidur, sukar untuk membuat assignment, memberi fokus untuk membuat kerja-kerja hariannya. Dia meluahkan perasaannya sehingga mengeluarkan air mata yang terlalu banyak. Alhamdulillah, ketika dirinya sedang menangis ana diberi kekuatan oleh Allah untuk mendoakan tentang masalah yang sedang dihadapinya. Ana lihat sahaja wajahnya... Setelah lama dia meluahkan segala-galanya...Ada satu ayat daripadanya yang membuatkan ana memahami perasaannya.

Dia menyatakan hatinya seperti "ditekan-tekan habis habisan"...Ana terbayangkan akan perasaannya pada ketika itu...Ana mulai faham akan masalahnya...

Katanya :"akak, apa yang patut saya lakukan?" (menangis)
" saya dah tak tahan lagi..........
" sudah lima bulan kak saya menanggungnya "(dia mengulangi kata-kata ini)
" saya dah tak tahu nak buat apa...

Lalu, ana pula berkata kepada dia...

" Adik, apa yang adik lakukan sekarang untuk menenangkan hati adik ?"
Dia jawab....

" Saya bangun pagi-pagi, saya akan solat hajat untuk tenangkan hati saya,tapi saya susah nak tido...nak makan...semuanya saya rasakan di dunia ni...bila saya tengok kasut cantik, baju cantik, saya dah tak ada perasaan pada itu semua,kak"

" Tolong saya,kak"

Ana jawab :

" Adik, setiap manusia di dunia memang mempunyai urusan masing-masing yang perlu diselesaikan. Apa lagi yang adik buat untuk tolong diri adik?

" Bila perasaan tu datang, saya akan cepat-cepat capai apa sahaja ayat Quran, saya baca...tapi kak, masa sya baca surah al-falaq,pada ayat 1 saya baca ok...tapi, bila ayat 2,3,saya rasa panas dan berpeluh...kenapa kak?"

Dia mula ingin berkongsi lagi :

" Akak, mak saya kak"...

Ana diam...

" Mak saya, bila saya meluahkan perasaan saya ni, mak saya akan kena high blood, dan setiap kali itulah mak saya akan dimasukkan ke dalam wad."

"Pernah saya telefon mak saya, lalu mak saya cakap, darah tinggi mak, ubatnya ialah bila kamu sembuh saja dari penyakit kamu ni"

Dia menangis dengan lebih lagi dan kali ini, ana kene memberikan belaian tangan untuk memujuk dirinya supaya mengawal perasaannya...

Setelah itu...ana diam dan memohon sangat2 pada Allah supaya diberikan ana ilham sebab pada ketika itu, hati ana pun sedang mengingatkan diri ana yang ana belum lagi mengaji Quran...

Ana hanya mampu berkata pada dia " Apakah nilai ibadat yang adik dah buat?

Dia tak paham (menunjukkan wajah yang seolah-olah bertanya) ...

Ana jelaskan kepadanya "Maksud akak, adik ada memperkemaskan ibadat adik?

Dia senyum...

Ana balas senyuman dia dan menyambung ....

"Adik, dalam hidup kita ni...kita sangat2 perlukn Allah, Dialah kekuatan dan pembantu kita. Allah memang terlalu dekat dengan kita, jarak Allah dengan kita hanyalah setakat di halkum kita, Allah terlalu dekat dengan kita dik..."

Dia jawab : "Betul kak, saya dapat rasakan apa yang akak cakap...pada ketika saya susah ni...saya tak berani nak luahkan pada kawan-kawan, tapi setelah ni saya cuba luahkan kepada mereka, mereka cakap...ala, biasalah tu...terbayang benda-benda macam tu..nanti oklah tu...

Akhirnya..ana cakap ....

"Kita sebagai manusia memang seorang yang sentiasa melakukan kesalahan, apa yang berlaku pada adik adalah ujian daripada Allah, Dia menyayangi adik...buktinya, semasa jiwa adik tengah jadi sebegitu...adik dekatkan diri adik kepada Allah..tidak seperti yang kawan-kawan adik yang lain..Apa yang penting sekarang ni...adik mestilah memperkemaskan ibadah kepada Allah walaupun adik sudah memperkemaskan fizikal adik...Ingat, jiwa adik mestilah dikemaskan dengan baik terlebih dahulu, yang lain macam hal-hal dunia pastinya akan ikuti adik..InsyaAllah...percayalah.

Kemudian, dia ucapkan terima kasih dan menyatakan perasaannya gembiranya.

Ana pun bersiap dan bawa lah juga Quran ke bilik kuliah....(",)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home