Friday, June 19, 2009

KEMATIAN TIDAK MENUNGGU USIA DAN MASA

semasa program...


Bismillahirohmanirohim...





Dengan Nama ALLAH yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Firman Allah s.w.t dalam surah an-nisa, ayat 100 ..:





Dan barangsiapa berhijrah di jalan Allah , nescaya mereka akan mendapatkan bumi ini tempat hijrah yg luas dan (rezeki) yg banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, yg kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yg dituju), maka sungguh pahalanya telah ditetapkan di sisi Allah. Dan Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.





Saudara saudari yg dikasihi kerana Allah, sesungguhnya kematian itu akan menimpa sesiapa sahaja yg ada di dunia ini sama ada dia adalah seorang pimpinan yg sangat disanjungi oleh pengikutnya, sama ada dia adalah seorang bapa yg kuat imannya, sama ada dia adalah seorang pelajar yg cemerlang di sekolah, sama ada dia seorang wanita yg zuhud di jalan Allah, sama sahaja di saat kematian menghadap ALLAH s.w.t...

Berdasarkan ayat di atas kita dapat memahami dan menelusuri agenda setiap perkataan yg diturunkan oleh Allah s.w.t adalah untuk kita ingat pada diri bahawa kita adalah hambaNya yg pastinya akan kembali kepadaNya suatu masa nanti.

Fokus yg ana hendak bawa kepada saudara/i sekalian ialah tentang nilai kematian di sisi Allah s.w.t ketika kita sedang berada dalam usia 20 an kini. Jika kita lihat tayangan di kaca televisyen sekarang ini yg banyak menghunuskan senjata dunia kepada belia Malaysia. Senjata dunia yg sedang dibawa oleh kaca televisyen tika ini ialah tentang betapa menangisnya si remaja apabila berjaya masuk ke peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir dalam pertandingan realiti tv seperti mentor, pilih kasih dan pelbagai lagi rancangan senjata dunia mereka.

Agak kekesalan di hati ana apabila ada segelintir anak muda di kaca televisyen yg menyatakan bahawa dia masuk ke rancangan realiti tv adalah untuk mengubah nasib keluarga. Astagfirullah...

Betapa mereka tidak nampak ada jalan yg sangat luas untuk berhijrah keluar dari rumah (lihat ayat quran tadi) adalah semata-mata kerana Allah s.w.t dan Rasulullah dan betapa mereka yg berhijrah keluar daripada rumah akan memperoleh rezeki yg luas bukan semata-mata dalam dunia hiburan yg penuh dengan rencah kerosakan antara hak dan batil?

Ini kerana Allah sw.t. ada berfirman :

Daripada surah Al Baqarah, ayat 42 maksudnya :

" Dan janganlah kamu campuradukkan kebenaran dengan kebatilan dan janganlah kamu sembunyikan kebenaran sedangkan kamu mengetahuinya."

Contoh terkini yg ana nampak berlakunya percampuran antara hak dan kebatilan dalam Islam berkaitan dengan program realiti tv kini ialah betapa lembutnya seorang juri ini yg menggunakan kalimah "Bismillahirohmanirohim" ketika hendak mengumumkan penyingikran seorang peserta realiti tv....

Yg mana dia sendiri menjadi jahil bagaimana fungsinya menggunakan kalimah agung berkenaan, beginilah jadinya apabila kita sendiri tidak memahami antara nilai hak dan batil. Jika perkara ini dipandang mudah, maka tidak hairanlah mengapa kita kian hari kian banyak melakukan maksiat.

Kita sendiri tidak perasan akan kejahilan yg berlaku pada diri kita sendiri. Bayangkanlah saudara/i sekalian apakah nilai kematian yg akan kita dapat peroleh daripada Allah s.w.t jika kita sendiri pun "jahil" utk mengenal yg mana hak dan yg mana batil???



Firman Allah s.w.t daripada surah ali-imran, ayat 185 ..:


Setiap yg bernyawa akan merasakan mati. Dan hanya pada hari kiamat sahajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh dia memperoleh kemenangan. KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH KESENANGAN YG MEPERDAYA.

Saudara/i sekalian,

jika ada antara sahabat2 kita, rakan2 kita @ ahli keluarga kita terdorong mahu mengikuti program realiti tv, cepat-cepat berusaha untuk menyelamatkan mereka supaya mereka tidak terus jahil dgn dunia yg sangat2 penuh dgn kemaksiatan itu. Ini kerana, kita hanya mampu berusaha memujuk dengan menggunakan kata-kata yg baik manakala syaitan akan menggunakan kata-kata yg menggoda. Mintalah setiap manusia di dunia ini agar mencari rezeki dan berhijrah kembali ke jalan Allah yg benar dan lurus.Kerana KEMATIAN TIDAK MENUNGGU USIA DAN MASA. Lantaran itu, kalau betul saudara/i orang-orang yg beriman...ikutlah perintah Allah s.w.t ini ...

An-nisa, ayat 135...

Wahai orang-orang yg beriman! Jadilah kamu penegak keadilan, menjadi SAKSI kerana ALLAH, walaupun terhadap dirimu sendiri atau terhadap ibu bapa atau kaum kerabatmu. Jika dia (yg terdakwa) kaya ataupun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatan (kebaikannya). Maka janganlah kamu mengikut hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutarbelitkan (kata-kata) @ enggan menjadi saksi, maka ketahuilah Allah Maha Teliti terhadap segala apa yg kamu kerjakan.

Wallahualam

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

terima kasih kerana mengingatkan saya kepada mati>sya ni terlalu byk ketawa sedangkan entah bila nyawa akan dicabut..YA ALLAH...ampunilah hambamu yg dosanya sebanyak buih dilautan..entah berapa butir pahala yg telah ku kumpul sedang ubanku semakin bertambah

August 16, 2010 at 10:20 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home