Friday, June 19, 2009

KEMATIAN TIDAK MENUNGGU USIA DAN MASA

semasa program...


Bismillahirohmanirohim...





Dengan Nama ALLAH yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Firman Allah s.w.t dalam surah an-nisa, ayat 100 ..:





Dan barangsiapa berhijrah di jalan Allah , nescaya mereka akan mendapatkan bumi ini tempat hijrah yg luas dan (rezeki) yg banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, yg kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yg dituju), maka sungguh pahalanya telah ditetapkan di sisi Allah. Dan Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.





Saudara saudari yg dikasihi kerana Allah, sesungguhnya kematian itu akan menimpa sesiapa sahaja yg ada di dunia ini sama ada dia adalah seorang pimpinan yg sangat disanjungi oleh pengikutnya, sama ada dia adalah seorang bapa yg kuat imannya, sama ada dia adalah seorang pelajar yg cemerlang di sekolah, sama ada dia seorang wanita yg zuhud di jalan Allah, sama sahaja di saat kematian menghadap ALLAH s.w.t...

Berdasarkan ayat di atas kita dapat memahami dan menelusuri agenda setiap perkataan yg diturunkan oleh Allah s.w.t adalah untuk kita ingat pada diri bahawa kita adalah hambaNya yg pastinya akan kembali kepadaNya suatu masa nanti.

Fokus yg ana hendak bawa kepada saudara/i sekalian ialah tentang nilai kematian di sisi Allah s.w.t ketika kita sedang berada dalam usia 20 an kini. Jika kita lihat tayangan di kaca televisyen sekarang ini yg banyak menghunuskan senjata dunia kepada belia Malaysia. Senjata dunia yg sedang dibawa oleh kaca televisyen tika ini ialah tentang betapa menangisnya si remaja apabila berjaya masuk ke peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir dalam pertandingan realiti tv seperti mentor, pilih kasih dan pelbagai lagi rancangan senjata dunia mereka.

Agak kekesalan di hati ana apabila ada segelintir anak muda di kaca televisyen yg menyatakan bahawa dia masuk ke rancangan realiti tv adalah untuk mengubah nasib keluarga. Astagfirullah...

Betapa mereka tidak nampak ada jalan yg sangat luas untuk berhijrah keluar dari rumah (lihat ayat quran tadi) adalah semata-mata kerana Allah s.w.t dan Rasulullah dan betapa mereka yg berhijrah keluar daripada rumah akan memperoleh rezeki yg luas bukan semata-mata dalam dunia hiburan yg penuh dengan rencah kerosakan antara hak dan batil?

Ini kerana Allah sw.t. ada berfirman :

Daripada surah Al Baqarah, ayat 42 maksudnya :

" Dan janganlah kamu campuradukkan kebenaran dengan kebatilan dan janganlah kamu sembunyikan kebenaran sedangkan kamu mengetahuinya."

Contoh terkini yg ana nampak berlakunya percampuran antara hak dan kebatilan dalam Islam berkaitan dengan program realiti tv kini ialah betapa lembutnya seorang juri ini yg menggunakan kalimah "Bismillahirohmanirohim" ketika hendak mengumumkan penyingikran seorang peserta realiti tv....

Yg mana dia sendiri menjadi jahil bagaimana fungsinya menggunakan kalimah agung berkenaan, beginilah jadinya apabila kita sendiri tidak memahami antara nilai hak dan batil. Jika perkara ini dipandang mudah, maka tidak hairanlah mengapa kita kian hari kian banyak melakukan maksiat.

Kita sendiri tidak perasan akan kejahilan yg berlaku pada diri kita sendiri. Bayangkanlah saudara/i sekalian apakah nilai kematian yg akan kita dapat peroleh daripada Allah s.w.t jika kita sendiri pun "jahil" utk mengenal yg mana hak dan yg mana batil???



Firman Allah s.w.t daripada surah ali-imran, ayat 185 ..:


Setiap yg bernyawa akan merasakan mati. Dan hanya pada hari kiamat sahajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh dia memperoleh kemenangan. KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH KESENANGAN YG MEPERDAYA.

Saudara/i sekalian,

jika ada antara sahabat2 kita, rakan2 kita @ ahli keluarga kita terdorong mahu mengikuti program realiti tv, cepat-cepat berusaha untuk menyelamatkan mereka supaya mereka tidak terus jahil dgn dunia yg sangat2 penuh dgn kemaksiatan itu. Ini kerana, kita hanya mampu berusaha memujuk dengan menggunakan kata-kata yg baik manakala syaitan akan menggunakan kata-kata yg menggoda. Mintalah setiap manusia di dunia ini agar mencari rezeki dan berhijrah kembali ke jalan Allah yg benar dan lurus.Kerana KEMATIAN TIDAK MENUNGGU USIA DAN MASA. Lantaran itu, kalau betul saudara/i orang-orang yg beriman...ikutlah perintah Allah s.w.t ini ...

An-nisa, ayat 135...

Wahai orang-orang yg beriman! Jadilah kamu penegak keadilan, menjadi SAKSI kerana ALLAH, walaupun terhadap dirimu sendiri atau terhadap ibu bapa atau kaum kerabatmu. Jika dia (yg terdakwa) kaya ataupun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatan (kebaikannya). Maka janganlah kamu mengikut hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutarbelitkan (kata-kata) @ enggan menjadi saksi, maka ketahuilah Allah Maha Teliti terhadap segala apa yg kamu kerjakan.

Wallahualam

Wednesday, June 17, 2009

SIFAT BAQO' ALLAH SWT - boleh dilihat daripada surah Ar Rahman

Pada hari jumaat 12/6/09 yang lepas,ana telah mengikut majlis ilmu yg disampaikan oleh Ustaz Ibrahim Istar. Berikut beberapa perkara yg boleh dikongsi bersama ...

Sifat Baqo' bagi Allah s.w.t ialah KEKAL. Perkara yg tidak binasa/ musnah selama-lamanya ialah Zat Allah s.w.t.

10 Perkara yg Allah s.w.t kekalkan ialah dinamakan sebagai Kekal Qa'rodi- Kekal yg mendatang
Kekal mendatang yg dimaksudkan di sini ialah perkara yg telah ditetapkan oleh Allah s.w.t dengan kehendakNya :

1) Syurga
2) Neraka
3) Arasy
4) Luh Mahfuz
5) Kursi
6) Roh
7) Qolam
8) Jasad orang mati syahid
9) Jasad Roh dan Nabi
10) Benih manusia yg wujud di tulang punggung yg paling hujung (tulang tonsil) @ a'jbulzambi

Huraian :
1) Syurga adalah tempat yg telah ditetapkan oleh Allah s.w.t untuk setiap hamba-hambaNya yg soleh

2) Neraka,
Terdiri daripada tujuh tingkat yg mewakili tujuh anggota zahir kita iaitu mata, telinga, lidah, tangan, kaki, perut dan kemaluan.
*sila rujuk surah-surah tertentu yg mana Allah s.w.t ada memberikan penerangan dgn lebih terperinci tentang fungsi anggota2 zahir ini. Contoh : surah an-nisa, al-isra', al-baqarah, al-mumtahanah,al-mujadillah.

3) Arasy
Arasy bermaksud lindungan daripada Allah s.w.t ketika di padang Mahsyar.
Ciri-ciri manusia yg mendapat perlindungan arasy Allah s.w.t ialah :
a) Pemimpin yg adil
b) Pemuda yg wara'
c) Dua orang/ kumpulan yg berjumpa dan berpisah kerana Allah s.w.t. Contoh:usrah, majlis ilmu
d) Seseorang yg hatinya sentiasa tertambat di Rumah Allah s.w.t.
e) Seseorang yg sentiasa bangun malam sambil menangis-nangis, bermanja-manja dengan Allah s.w.t dan istiqamah melaksanakannya
f) Seseorang yg menginfakkan hartanya pada jalan Allah s.w.t tanpa diketahui tangan kirinya.
Contoh : pada suatu hari, Aisyah r.a Ummul Mukminin telah mendapat wang sebanyak 200 dirha, terus diberikan wang tersebut kepada semua hambanya. Sehingga apabila Aisyah hendak membeli makanan untuk mengalas perutnya, beliau tidak ada wang lantas ditegur oleh pembantu mengapa tidak disimpan sedikit wang untuk membeli makanan. Lalu, Aisyah r.a menjawab kepada pembantunya mengapa engkau tidak mengingatkan aku.
g) Seorang pemuda apabila diajak oleh seorang perempuan untuk melakukan zina, lantas ditolaknya kerana takut kpd Allah s.w.t


4) Luh Mahfuz
Luh Mahfuz adalah papan yg tertulis segala perkara yg ditetapkan oleh Allah s.w.t kepada kita

5) Kursi ialah Lambang kebesaran kerajaan Allah s.w.t.-rujuk surah Al Mulk

6) Roh adalah nyawa yg kekal, pindah daripada dunia ke alam barzakh
Asal roh adalah daripada syurga

7) Malaikat Qolam
Penulis @ pena kepada Luh Mahfuz

8) Jasad orang yg mati syahid adalah jasad orang yg berada di akhirat

9) Jasad Rasul dan Nabi adalah jasad yg masih kekal sehingga kini.

10) Benih daripada tulang punggung manusia JUGA akan ada sehinggalah tulang kita dalam kubur menjadi reput

Tambahan :
Manusia yg menjadi keldai ialah apabila :-
Solat berjemaah mendahului imam

Orang-orang yg jasadnya kekal ialah :
1) Al-Hafiz
2) Al Muazim yg istiqamah

Orang yg diheret spt babi ialah :
Orang yg tidak sembahyang
Orang yg bercakap hal-hal dunia dalam masjid
Orang yg bercakap hal dunia ketika Al Quran di baca
Orang yg bercakap hal dunia ketika dalam majlis ilmu
Orang yg bercakap hal dunia ketika di tanah perkuburan

Wallahua'lam

ALLAH PENGURUS MANUSIA

Bismillahirohmanirohim

Dipanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana memberikan kelapangan kepada kita semua untuk menguntum senyuman pada hari ini.

Firman Allah s.w.t daripada surah daripada surah Asy-Syarh (diturunkan di Makiyyah)
Maksudnya :
1) Bukankah kami telah melapangkan dadamu Muhammad?

2) dan Kami telah menurunkan bebanmu darimu,

3) Yang memberatkan punggungmu

4) dan Kami tinggikan sebutan (namamu) bagimu,

5) Maka sesungguhnya bersama KESULITAN ada KEMUDAHAN

6) SESUNGGUHNYA BERSAMA KESULITAN ADA KEMUDAHAN

7) Maka, apabila engkau telah selesai (dari sesuatu URUSAN), tetaplah bekerja KERAS(untuk urusan yang lain)

8) Dan hanya kepada Tuhanmulah ENGKAU BERHARAP

Ayat ini menunjukkan kepada kita bahawa adalah amat penting untuk kita menghayati makna sebenar perjuangan di dunia. Sebanyak manapun kesulitan yg kita hadapi, sebanyak manapun kepayahan yg kita tanggungi, ingatlah kita kepada Allah sw.t yg telah memberikan tawaran kepada kita untuk mengembalikan semua usaha dan urusan kita hanyalah kepada Allah s.w.t.
Ini kerana segala urusan kita tetaplah sudah dicatatkan oleh malaikat yg bernama Qolam
Iaitu malaikat yg telah menyiapkan semua jadual perjalanan hidup kita semua sebelum kita dibawa ke dunia ini.

Kita mengertikan bahawa kita adalah perancang masa depan kita, namun ingatlah bahawa Malaikat Qolam sudah menyediakan hidangan untuk perjalanan kita di dunia ini ketika roh kita masih di Luh Mahfuz lagi.

Lantaran itu, kuatkan lah hati kita semua demi Agama Allah.

Luahan hati:
"Sabtu ini ana akan mengajar dan menjaga peserta tahfiz mingguan sedangkan keesokannya ana akan pulang ke kampung. Petangnya pula ada syura untuk penyediaan pengisian program dengan anak-anak dari Rumah Kebajikan Masyarakat. Justeru, mesti perlu berada di samping keluarga...namun demi Allah dan Rasulullah dan demi mencapai keredhaan Allah...ana Hamba yg Dhaif menerima urusan Allah ini...(bukan utk riak dan takabur tp sbg p'ingatan diri bahawa, sesibuk mana pun kita dengan keluarga, Islam tetap kita perlukan,cuma Islam yg tidak memerlukan kita...Perjuangan islam tidak rugi tanpa kita...tetapi kita akan rugi tanpa perjuangan islam)

Wallahua'lam

Sahabat2, doakanlah perjuangan ana ini semoga ana sentiasa berada dalam kerahmatan Allah

Kenangan Perjuangan Hamba Dhaif

Berdakwah bersama anak-anak yatim dan peserta yg hadir.

Selami hati anak-anak yatim akan membuatkan kita lebih kuat utk menyayangi ibu bapa dan orang di sekeliling kita.


Syura...syura...dakwah apa yg sesuai dilaksanakan yea???







masa perjuangan pertamaku bermula di At Taqwa...Ini Ishaq Uzair, anak kak shim dan ustaz Azhan





semasa sesi rehat fasilitator-Soleh, Ustaz Mat Nor, Kak Zue-cute, Rahmah

















Method Dakwah Remaja

Bismillahirahmanirohim...

Firman ALLAH s.w.t :

Mereka itu adalah orang-orang yang (sesungguhnya) Allah mengetahui apa yang ada di dalam hatinya. Kerana itu berpalinglah kamu dari mereka, dan berilah mereka nasihat, dan katakanlah kepada mereka perkataan yang membekas pada jiwanya.
an nisa, ayat 63

Berdasarkan kepada ayat di atas, jelas menunjukkan bahawa Allah s.w.t menyarankan kita supaya kita menyampaikan sesuatu mesej dakwah kepada manusia dengan menggunakan perkataan yang baik dan bersopan santun.

Jika kita melihat aspek dakwah pada hari ini, kebanyakan manusia seperti para penceramah motivasi banyak menggunakan kaedah saintifik dan teknologi untuk menarik perhatian seseorang manusia yang ingin didakwahkan.

Ya, jika kita memahami kita dapat melihat bahawa adalah menjadi kepentingan untuk kita semua memahami seseorang sebelum kita terus berdakwah kepada individu terbabit. Justeru, adalah sangat penting untuk kita mengenali usluk dakwah 'trend sekarang'...namun masih mengekalkan teknik yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.

Prinsip 5T yang telah diperkenalkan oleh baginda amat sesuai untuk dipraktikkan pada zaman ini :-

T1 ..: TAZKIYAH yang membawa maksud penyucian jiwa melalui pembinaan potensi hati sesuai dengan hadith bahawa dalam diri manusia terdapat seketul daging yang bernama hati sekiranya daging itu baik, maka baiklah keseluruhannya dan sebaliknya.

T2 ..: TARGHIB bermaksud rangsangan positif yang membangunkan jiwa manusia. Contoh : tayangan-tayangan gambar pelajar cemerlang SPM 2008-Nik Nur Madihah

T3 ..: TARHIB bermaksud menimbulkan rasa kewaspadaan dalam jiwa terhadap dosa dan amalan-amalan buruk. contoh : tontonan video "Mat rempit tersepit"

T4 ..: TANZIR bermaksud menimbulkan rasa takut terhadap ancaman-ancaman telah dijanjikan oleh Allah. Contoh : tontonan video "tanda-tanda qiamat seperti tsunami"

T5 ..: TABSYIR bermaksud gerak nurani untuk melakukan kebaikan melalui janji-janji yang telah diberikan oleh Allah s.w.t. Contoh : tontonan video " cerita keinsafan daripada filem Kun Fayakun"

Semua ini adalah konsep semata-mata namun perlulah dipraktikkan dengan jayanya agar method dakwah sebegini dapat memberikan kesan dan kesedaran kepada madu' kita...

Wallahualam...






Tuesday, June 9, 2009

LAGU SEMANGAT JIHADKU...











Sunnah Berjuang(lirik asal tanpa sebarang perubahan)

berjuang menempah susah
menanggung derita menongkah fitnah
itulah gelombang hidup samudera duka
seorang mujahid memburu syahid

dibuang dia berkelana

dipenjara dia uzlah dibunuh syahid

namun jiwa tetap mara menuju cita

membara demi Allah dan Rasul Nya

berjuang tak pernah senang

ombak derita tiada henti

tenang tegang silih berganti

inilah sunnah orang berjuang

malamnya bagai rahib merintih sayu

dihiris dosa air mata

siangnya bagaikan singa di rimba

memerah keringat meluah tenaga

berjuang memang pahit

kerana syurga itu manis

bukan sedikit mahar yang perlu bayar

bukan sedikit pedih yang ditagih

berjuang ertinya terkorban

rela terhina kerana kebenaran

antara dua pasti terjadi tunggulah syahid atau menang


Created by : HIJJAZ

URUTAN KASIH SAYANG UNTUK BONDA DAN AYAHANDA...


BONDA DAN AYAHANDA...
Anakanda sudah lama mengidamkan satu perasaan yang luar biasa akan meresap dalam jiwa ini...
Apabila usia emak dan bapa sudah mencecah 60 an...
Anakmu ini semakin merasai perasaan luar biasa itu...
Kasih sayang + cinta + perhatian yang telah diberikan emak dan bapa membuatkan Hati anak ini ceria dan bahagia...
Betapa perasaan luar biasa itu semakin ghairah meresap dalam darah yang penuh dengan dosa ini...
Anakmu ini mengidamkan perhatian mu yang seringkali tidak anakmu dapat ketika emak dan bapa sibuk mencari rezeki untuk anak-anak yang berbelas-belas...
Namun, anak ini mendapat belaian kasih sayang dan perhatian daripada seorang kakak yang sangat pemurah jiwa dan tulus hatinya...
Emak...Bapa...
Semasa anakmu ini berusia enam tahun...
Engkau rela membenarkan anakmu ini mengikuti rombongan kelas tadika...
Anakmu merasa sangat gembira...namun apabila anakmu ini mengajak untuk dirimu sekali bersama-sama denganku...
Aku sedih kerana dirimu tidak dapat ikut disebabkan mahu mencari rezeki di kilang...
Anakmu walaupun kecil pada ketika itu...
Tapi anakmu boleh berfikir akan penat lelah yang dirimu alami...
Emak...
Anakmu menangis memikirkan tentang pekerjaanmu...
Sampai hati dirimu mengorbankan keringat tulangmu untuk mencari rezeki yang halal untuk kami adik beradik termasuk anakmu yang hina ini...
Sampai hati dirimu mengangkat besi-besi dalam guni yang terlalu berat itu semasa mengandungkan anakmu ini...
Sampai hati dirimu berjalan kaki sepuluh kilometer untuk menuju ke kilang semata-mata untuk anak-anakmu yang tidak mengenang budi ini...
Sampai hati dirimu berpanas dan berlelah memotong tali-tali guni hanya untuk memberikan nasi kepada anak-anakmu yang hina ini...
Betapa dirimu sangat mulia di sisi Allah...
Rabbul jalal...
Emak...
Anakmu ini sudah menyedari betapa berdosanya anakmu ini yang hanya mementingkan diri sendiri berbanding dirimu...
Maafkan anakmu ini....
Emak...
Engkau adalah malaikat yang diturunkan oleh Ar Rahman untuk diriku ini...
Engkau menyusui daku...
Engkau menjaga dan mengiringi aku ke mana sahaja...
Kini...
aku pula akan berbuat demikian...
dengan memberikan urutan kasih sayang ... urutan jiwa ... urutan harta ... dan urutan perhatianku kepadamu...
Begitu jua dirimu bapa...
Anakmu ini juga akan melakukan yang sama kepada mu sepertimana anakmu ini memberikan urutan ini kepada emak...
Kerana keringatmu yang sangat kuat membuatkan aku terasa amat kagum dengan mu...
Semasa anak mu dilahirkan...bapa sanggup bangun pada awal-awal subuh membantu emak menyidai baju untuk anakmu ini dan anak-anak yang lain...
Sedangkan engkau tidak mempunyai rehat yang cukup...
Betapa DAHSYATNYA pengorbanan mu bapa...
Sekarang...
a
n
a
k
i
n
i
berusaha untuk menjadi seperti dirimu... walaupun kita berlainan bidang....namun perjuangan dan usahaku tetap sama...
Walaupun usiaku kini adalah dalam lingkungan aku boleh bernikah...
Namun...maafkan aku...
Fokusku hanya untukmu berdua...
Tiada galang ganti untuk kamu berdua ketika ini...
Maafkan aku kerana terpaksa menolak pinangan mereka bertujuh kerana aku tidak mampu...
Walau sekacak mana dirimu
Walau setinggi mana imanmu sebagai waliku...
Aku tetap dengan pendirianku...
Walaupun taraf pendidikanmu sehingga ke alam benua sana...
MAAF...
aku tidak mampu memikirkannya ketika ini...
Sekarang ini...aku akan memberikan urutan kasih sayang ini kepada EMAK dan BAPAKU...
I LOVE U EMAK DAN BAPA...

URUTAN KASIH SAYANG UNTUKMU KEKASIH...



















ANAKANDAMU ingin meluahkan apa yang terbuku selama ini dalam hati...


Mak su menyayangi emak dan bapa lebih daripada segala-galanya,


Mak su mencintai emak dan bapa walaupun jiwa mak su tidak dapat merasai sepertimana sahabat-sahabat Mak Su yang lain merasainya,


Emak / Bonda yang amat aku sanjungi...


Emak mesti ingatkan...

Pertama kali emak memanggil nama Mak Su...

Ketika Mak su dalam perut emak...

Mak Su dapat merasakan kepenatan tangan,kaki, badan dan perut mak ketika membawa mak su bersama-sama semasa mak di tempat kerja...

Emak...mesti emak penat semasa emak mengangkat guni yang bercampur besi seberat enam kilo itu...

Bukan satu guni emak angkat tapi berpuluh-puluh guni dalam satu hari...

Mak Su membayangkan berapa ribu guni emak angkat sepanjang mak su berada dalam perut emak...

Mak Su tak terlarat untuk melakukan itu semua emak...

Tetapi..emak begitu kuat sekali...

Emak menyediakan pelbagai nikmat untuk kami adik beradik...

Betapa emak sangat menyayangi kami...

Air mata emak membuatkan mak su lebih terharu...

Terutama apabila emak berasa puas dengan Mak Su...

Emak tidak pernah menolak permintaan Mak Su sehinggalah sekarang...

Mungkin kerana permintaan Mak Su tidak berat untuk mak tunaikan...

Memanglah Mak Su tidak minta yang berat kerana Mak Su tahu...

Dan mak ajarkan pada Mak Su...

Jika kita tidak dapat makan nasi....kita makan biskut...

Seronok Mak Su ketika itu...

Yang paling Mak Su TIDAK dapat lupakan ialah masa Mak su dapat 100% dalam peperiksaan Bahasa Inggeris...Mak Su belanja keluarga kita makan kuaci hitam yang berharga rm 0.20...

Bahagia sekali ketika itu...

Bahagia sangat mak...

Emak dan bapa makan kuaci itu sampai habis sebagai tanda menghargai Mak Su,


Emak...

sekarang emak sudah mencecah usia 60 an...

Keringat tangan mak semakin lama semakin kurang kuat,

Tapi...mak tak tunjukkan kepada anak-anak mak yang lain...

Mak seringkali ceritakan semua suka duka mak pada Mak Su...

Apabila Mak Su pulang dari Negeri Hang Tuah...

Mak selalu senyum...

Mak tak pernah tunjukkan muka sedih pada Mak Su...

Terlalu tabahnya hati mak...

Mak Su tahu apa yang sedang mak simpan dalam hati...

Tapi, Mak Su biarkan mak yang akan luahkan nanti...



Emak...

Semalam saya memberikan lagi urutan kasih sayang kepada mak...

Saya dapat rasakan bengkak di belakang badan mak...

Saya tahu mak letih,kan?

Tapi, mak ... saya akan memberikan urutan kasih sayang kepada mak sampai bila-bila,

Semalam...selepas saya mengurut mak hampir dua jam...mak tidur dengan lena...

Mak Su rasakan seolah-olah Mak Su di urut sendiri oleh mak semasa Mak Su kecil...

Seronok sangat mak...


Kini...

Mak Su rasa sangat beruntung mempunyai mak kerana mak adalah malaikat Mak Su di dunia...

Alhamdulillah Mak Su kerja spa semasa lepas habis SPM dahulu...

Latihan dalam masa lima bulan itu semasa mak su kerja dengan mak angkat mak su tidak sia-sia...

Kerana sekarang tangan Mak Su dapat berbakti kepada mak dengan memberikan urutan yang lembut sehingga menghilangkan kesakitan bengkak yang emak alami...


I LOVE U EMAK...


I LOVE U EMAK...


I LOVE U EMAK...



untuk bapa...anakandamu akan coretkan kisahmu pada masa akan datang...apa yang penting


I LOVE U BAPA...


I LOVE U BAPA...


I LOVE U BAPA...



MUJAHIDAH PERKASA ISLAM...IBU YANG MENGEGARKAN SEORANG PEJUANG ISLAM!!!











YB Senator Mumtaz Mat Nawi ada memberikan ceramah tentang 5 Prinsip Asas Perlembagaan Agama Islam yang berkaitan dengan misi dan visi yang mesti dicapai oleh muslimat...
Perkaitan beliau adalah ditujukan khusus untuk kaum muslimat...
Prinsip tersebut ialah :
1) ALIM ULAMA'
Tokoh muslimat yang telah dibawa oleh beliau pada zaman Rasulullah s.a.w ialah isteri baginda yang sangat comel yang seringkali dipanggil oleh Rasulullah dengan panggilan "Ya, Umairah" yang membawa maksud gadis berwarna merah jambu...Lalu, dijawab pula oleh Umairah kepada suami tersayang "Ya, Habibullah"...
Beliau ialah Aisyah Radiallahuanha...
Aisyah r.a adalah seorang cendiakawan yang menguasai seluruh ilmu...
Jika hendak dibandingkan dengan pelajar-pelajar Muslimat di seluruh dunia...masih lagi belum dijumpai..
2) KEADILAN SEORANG PEMERINTAH
Tokoh muslimat pada zaman Rasulullah s.a.w ialah Ummu Salamah
3) AMANAH PARA AHLI KORPORAT
Tokoh Muslimat pada zaman Rasulullah s.a.w ialah Saidatina Khadijah yang juga merupakan isteri kesayangan baginda seterusnya merupakan rangkaian muslimat berniaga. Ini membawa maksud apabila Saidatina Khadijah bernikah dengan Rasulullah s.a.w, beliau telah memberikan seluruh harta perniagaannya kepada suaminya untuk memperoleh keuntungan yang berlipat kali ganda seterusnya menggunakan harta tersebut untuk berdagang dengan ahli korporat yang lain pada zaman Rasullullah. Jika hendak dianalogikan pada zaman millenium ini ialah Saidatina Khadijah memiliki syarikat Multinasional di seluruh dunia yang mempunyai hubungan diplomatik yang baik dengan syarikat multinasional di negara-negara lain. Justeru, tidak hairanlah mengapa Saidatina Khadijah hanya perlu bergoyang kaki di rumah sahaja menguruskan anak-anak kerana beliau memiliki harta yang tidak perlu diusahakan tetapi harta tersebut datang dengan sendirinya...Mudah bicara...beliau adalah bos muslimat...
4) NASIHAT PARA PROFESIONAL DAN ULAMA'
Tokoh muslimat ini ialah Tahsah yang merupakan seorang pakar penyimpan dokumen. Jika kita melihat pada zaman kini, beliau ialah seorang setiausaha sulit kepada badan kerajaan. Seorang wanita yang sangat cekap dalam sistem pengurusan dokumen. Namun, negara kita menggunakan arkib negara sebagai medan untuk menyimpan dokumen sulit kerajaan...
Patutlah...kita tidak menggunakan golongan profesional dalam sistem pengurusan padahnya timbullah persoalan siapakah yang layak untuk menjadi pemimpin sama ada golongan profesional atau ulama'? Ini kerana negara ini menggunakan bangunan semata-mata untuk menyimpan segala maklumat penting negara...lalu tidak wujudlah seorang pakar penyimpan dokumen di negara ini...
5) IBADAH PARA AHLI IBADAT
Tokoh muslimat dalam bab ini adalah seluruh wanita dan muslimat yang ada di dunia ini. Hubungan dengan Allah adalah penentu sama ada misi dan visi akan tercapai ataupun tidak...
Wallahua'lam..
*segala huraian di atas adalah daripada pendapat ana...segala ketidakpuasan harap dimaafkan...

Monday, June 8, 2009

YA ALLAH, HANYIRNYA HAMBAMU INI....



Aku Hamba Allah yang sangat lemah,


Terlalu banyak dosa yang berlumuran di tangan ini,


Sehinggakan aku sendiri malu untuk menadah tangan memohon doa kepada Allah,


Aku tidak seperti gadis sosial yang rela memegang tangan si pemuda yang bukan mahramku...


Kecuali kepada bapaku yang tercinta,


Yang acapkali memegang tanganku terutamanya apabila aku ingin melintas jalan raya,


Tanpa diminta bapaku akan memegangnya,


Aku bukan gadis yang mengidamkan ketampanan wajah si pemuda yang menjadi kegilaan ramai,


Aku tidak lagi terlintas melangkahkan kakiku ke taman bunga untuk melayani stor ingatanku untuk memikirkan siapakah pasanganku kelak???


Sepertimana perlakuan si Fahri dan si Maria dalam filem Ayat-Ayat Cinta,


Aku tidak minta jadi seperti itu pun,


Tetapi...


Aku hamba Allah yang sangat lemah,


Terlalu banyak dosa yang berlumuran di tangan ini,


Sehinggakan aku sendiri malu untuk menadah tangan memohon doa kepada Allah,


Kerana...tangan ini akan menggunakan semua nikmat yang diberikan oleh Allah kepadaku,


Nikmat aku berdialog menerusi SMS,


Nikmat untuk aku berbual menerusi telefon bimbit,


Astagfirullah...


Betapa aku tidak menyedari...

Sudah berapa banyak dosa yang aku lakukan ketika aku melayani telefon bimbit itu...


Sudah berapa banyak maksiat yang telah aku lakukan???


Astagfirullah...


Aku buta selama ini,


Aku SMS dengan lelaki yang bukan mahramku,


Walaupun hal yang ditanya adalah tentang agama Islam,


Namun... yang haram tetap tidak boleh menjadi halal,


Ada banyak cara lagi untuk pemuda itu memahami Islam,


Mengapa mesti ditujukan kepada aku sahaja?


Aku hamba yang sangat lemah,


Terlalu banyak dosa yang berlumuran di tangan ini,


Sehingga aku malu untuk menadah tangan memohon doa kepada Allah,


BUKANKAH AKU BANYAK KENALAN DARIPADA AHLI AGAMA???


Mengapa tidak dijuruskan kepada mereka sahaja?


Astagfirullah...


Aku tidak sedar,


Aku betul-betul buta,


Bukan buta cinta,


Bukan buta mata,


Tapi...buta mata hati,


Yang tahu batasan ikhtilat,


Tetapi tidak pasti cara yang lebih berhikmah,


Astagfirullah...


Maafkan aku ALLAH...


Aku rela tidak mengenali mereka...


Jika dengan cara halus ini yang membuatkan aku lalai,


Walaupun tidak sampai pada tahap melalaikan aku,


Tapi...baik aku menyerah kalah terlebih dahulu,


Daripada aku mula hanyut dengan kata-kata syaitan,


Patutlah ketika aku ingin menjawab segala persoalan mereka,


Hatiku akan beristigfar tanpa diminta,


Mungkin ini "password" daripada Allah dan Malaikat,


Syukur Alhamdulillah.


Terima kasih Allah atas kesedaran ini,


Aku bukan terlalu thiqoh,


Tetapi, cukup untuk aku memberi peraturan dalam hatiku,


Jika aku ingin lahirkan seorang Ulama' Akhirat,


Maka, aku mesti hentikan...


Supaya aku mendapat pemuda Madrasah Rasulullah,


Yang mampu memberikan aku benih Ulama' Akhirat,


Ini bukan ketegasan untuk diriku,


Tetapi ini adalah tanda Rahmat Allah yang sedang berusaha memakbulkan doaku,


Dengan syarat aku meninggalkan segala dosa-dosa kecil sebelum ia menjadi besar dan doaku dimakbulkan apabila tiba MASAnya...


Amin.





Sunday, June 7, 2009

SEMBANG-SEMBANG BAYU:

THE POWER OF LOVE !!!

Bayu akan berkongsi dengan sahabat-sahabat tentang betapa "Power"nya cinta jika difahami dan dihayati dengan tenang dan dalam keadaan fikiran yang aman.

Cuba kita lihat perkataan Cinta itu sendiri:

C - CINTA yang bermaksud kasih sayang sepenuhnya kepada seseorang
I - ILAHI ... IKHLAS ... INSAN .... nak ditujukan pada siapa?
N - NIKMAT ... NAFSU ... diberikan pada siapa? dan... mahu dilepaskan pada siapa?
T - TAK PERCAYA ... dicintai @ mencintai?
A - ALLAH ... AL QURAN .... AS SUNNAH .... ARTIS (ayat-ayat cinta lagu yang dicipta oleh mereka) .... berpandukan apa?

FLASH BACK AGAIN...
FLASH BACK AGAIN...
FLASH BACK AGAIN...

Berdasarkan kepada pengalaman ana, kita dapat melihat bahawa prinsip THE POWER OF LOVE adalah datangnya daripada jiwa _ hati_ perasaan_fitrah kejadian_....AKAL...

Namun....
Jika kita lihat, hal yang sebenarnya untuk menunjukkan rasa cinta_feel of love itu kepada seseorang itu perlulah ditunjukkan dengan akhlak_adab_etika dan rasa bercakap_feel of communication.

Kerana ...
Di situlah jatuhnya diri kita sama ada seseorang itu akan rasa the power of love kita ataupun tidak...

PERCAYALAH...

Cuba kita fahami dan lihat diri kita sendiri...
Kita makan nasi menggunakan tangan... Sesudah itu kita akan membasuhnya dengan bersih dan wangi...
Kita mendengar sesuatu cerita menggunakan telinga... lama-lama masa kita nak mandi kita mesti bersihkan telinga...
Kita berjalan dengan menggunakan kaki dan kuku....Sampai masanya kita pasti memotong kuku kita yang panjang...
Bukan itu sahaja, apabila kita melihat kita mesti menggunakan hati dan suara untuk menyampaikan mesej kepada seseorang, namun kita seringkali tidak sedar...

KERANA...
Kita kurang mengingati Tuhan ketika bercakap_berkomunikasi
Kita kurang bersyukur ketika kita sihat
Kita susah hendak berterima kasih ketika kita sedang banyak memberikan jasa_kebaikan kepada orang lain...
KITA SERING MELUPAKAN TUHAN DALAM KETIKA KITA SEDANG DIBERIKAN NIKMAT DAN NAFSU OLEH ALLAH S.W.T....

Buktinya :

A - ARTIS (kita mendahulukan ayat-ayat cinta yang diciptakan oleh manusia daripada ayat-ayat Allah)...
T - Tak Percaya...kita susah untuk menimbulkan kepercayaan yang tinggi dalam jiwa kita bahawa kita sangat percaya akan kuasa cinta Allah...Lantas...
N - NAFSU ... NIKMAT ...kita menyalahgunakan segala NIKMAT yang telah diberikan oleh Allah s.w.t..dengan memanipulasikan nafsu yang telah diberikan olehNYA.
I - INSAN... kita akan mendahulukan insan terlebih dahulu untuk kita sentiasa disayangi berbanding nilaian IKHLAS dan ILAHI
C - CINTA .... Inilah cinta dan kasih sayang yang sedang berlaku pada diri kita sendiri...sedar @ tidak (terimalah kenyataan)

Kita seringkali mahukan cinta Allah...namun kadang-kadang kita tertewas jua dengan meletakkan cinta manusia di atas berbanding cinta kepada Allah...
Natijahnya...cinta kita @ hati kita juga akan diterbalikkan oleh Allah (na'uzubillah)
* Sekadar tazkirah untuk memperingati diri ini dan sahabat yang sudi membacanya)