Saturday, July 25, 2009

salam...

Wednesday, July 22, 2009

HaMba ALLAH...KaKak...SaHaBaT...MuJahiDah...IsTeRi...


KakaK yang ku Kasihi...

Saya amat Merinduimu tika ini...

Saya menagih kata-kata nasihat dan sokongan daripadamu tika ini...

Teringin saja saya pulang ke negeri yang kian konflik dengan politik itu sekarang...

Jiwa saya merasakan teramat rindu untuk melaksanakan program dakwah di sana...

Rindu sangat kat akak...

Maafkan saya jika sebelum ini saya tidak berkesempatan untuk angkat "coll" akak hari itu...

Doakan saya di sini...

Ada banyak perkara yang saya nak kongsi dengan akak...

Ada kisah duka...derita...kecewa....sedih....semuanya bercampur aduk...

Banyak sangat yang saya nak ceritakan...

Kakak...

Kakak adalah seorang wanita yang amat memahami saya...

Jika saya buat silap...akak betulkan dan tegur dengan cara berhikmah...

Perbezaan usia antara kita tidak menjadi permasalahan antara kita...

Apa khabar agaknya dengan kesihatan dua orang putera itu?

Bagaimana pula dengan kesihatan Pusat Motivasi At Taqwa?

Bagaimana pula dengan ahli-ahli keluarga At Taqwa yang lain?

Terasa rindu untuk berkumpul bersama di pondok At Taqwa...

Ustaz Tarmizi...Ustaz Mat Noor....Zahrah....Fifi....Abang Faizal...Sakinah....Uzair...Uwais....

Rindu sangat kat semua....Rindu sangat untuk berkumpul kerana Allah s.w.t...

Kita saling ingat mengingati antara satu sama lain akan kesilapan dan dosa-dosa yang kita lakukan...

Kita selalu berkumpul dan bermesra dengan batasan yang disyariatkan oleh Allah S.W.T..

Kita sama-sama tidak tidur malam untuk menanti waktu Qiammulail...

Kita sama-sama menghadiri Majlis ilmu di Pondok At Taqwa...

Ya ALLAH...rindunya saya sangat-sangat pada kalian-kalian semua...

Semoga doa Rabitah menjadi pengikat hati-hati kita untuk terus berjuang di jalan Allah s.w.t..

LOVE U ALL BECAUSE ALLAH...

Ya..Allah...sesungguhnya Kami berkumpul dan berpisah hanya keranaMu...



Friday, July 17, 2009

Kita...

Apakah perlu diriku bertanya kepada diri...
Siapakah pemilik cintaku ini...
Gentar rasa jiwa apabila diri diingatkan tentang cinta...
Bukan mudah untuk menjaga cinta itu..
Kerana aku bimbang jatuh ke dalam kancah dosa...

Bukan aku tak sudi untuk menerima cinta...
Namun aku cukup lemah untuk menjaga cinta itu...
Entahlah mengapa aku berfikir terlalu panjang untuk membuat keputusan tentang cinta...
Mungkin aku tidak bersedia...

Menunggu...
Apakah aku perlu menunggu dirimu suamiku...
Aku sendiri tidak mengenali dirimu...
Kerana aku merasakan engkau akan datang kepadaku...
Apabila tiba saatnya...
Aku masih lagi bersabar menunggumu...
Biarpun aku tidak bertemu denganmu di dunia...
Pastinya aku akan bertemu denganmu di syurga...

Tapi...siapa suamiku itu?
Menunggu...
Begitulah aku memujuk hatiku ini...
Aku pastinya yakin dengan takdir Allah...
Yang telah menentukan siapa jodohku...

Dia...
Adakah dia menjadi suri hidupku?
Dia yang pastinya aku tidak kenal lagi hati budinya...
Dia yang tiada di bumi Malaysia...
Dia yang berada di bumi anbiya'...
Entah mengapa hatiku terdetik untuk membuka surat di alam maya itu...
Tiba-tiba aku dapat surat itu dari 'abang ipar'nya...
Bertanyakan adalah aku sudah berpunya...
Abang iparnya yang menjadi wakil untuk dirinya...
Astagfirullah...
Bagaimanalah hendak aku menyatakan "Ya" jika saat sekarang aku sangat sibuk dengan urusan amanahku...
Aku tak terfikir pun lagi hendak memikirkan tentang hal ini...
Maafkan aku...aku tak dapat menjawabnya lagi...

Namun...
Apabila persoalan ini ditanya...
Aku pula bertanya dalam diri...
Perlukah aku memikirkan hal ini untuk masa sekarang...
Entahlah...

Aku sendiri tak mampu lagi untuk memikirkan kerana aku amat sibuk memikirkan tentang dakwahku di tempat aku menimba ilmu...
Sekiranya perkara ini menjadi masalah bagiku...
Maka aku sudah kalah dengan hawa nafsuku sendiri...

Kelak nanti...
Rumah Allah yang aku sayangi...
Pastinya akan ada masalah...
Kerana sekarang rumah itu sedang diuji dengan pelbagai masalah dari segi zahir dan batin...
Mungkin ramai yang tidak tahu...
Tapi Allah dan Malaikat tahu...
Aku sendiri sedang melaluinya...

Biarlah dirahsiakan...
Bukanlah mudah untuk menjadi imam dalam solat sekiranya maksiat kepada Allah dilakukan secara sembunyi..
Maksiat secara senyap yang dilakukan menerusi mata hati...
Maksiat yang merayap menghirup darah dalam diri...
Tidak akan aku biarkan diriku menjadi seperti itu...

Bukanlah mudah untuk menyampaikan tazkirah kepada ummah sekiranya hati dan akal dikuasai nafsu..
Bukanlah mudah untuk menyampaikan ilmu sekiranya jiwa dihantui nilai keduniaan...
Benci aku akan sikap itu...

Benci aku akan sikap hipokrit kepada Allah...
Sikap jujur dan ikhlas kepada Allah membuatkan cintaku kepadanNYA semakin menebal...
Kerana itu aku tidak mampu untuk menerima cinta manusia lagi...
Namun aku sudah bersiap sedia untuk memberikan cintaku untuk suamiku...

Siapa?
Tunggu...
Itulah jawapan yang terbaik untuk diriku...

Orang aku hormati...
Aku hormat akan pendidik-pendidikku yang telah memberikan banyak ilmu kepadaku untuk menjadi seorang pendakwah yang seimbang dunia dan akhirat...
Menjadi guru yang cemerlang dan hebat...


Terima kasih...
Ku ucapkan kepada pendidikku yang telah melamar aku untuk anaknya...
Namun aku tidak dapat memberikan keputusan lagi...
Setiap kali aku terselisih denganmu...
Aku nampak akan harapan di wajahmu...
Namun, aku memberikanmu senyuman yang paling ikhlas daripada hatiku...
Sambil aku berdoa agar dirimu guruku, tidak kecewa dengan sikapku...
Alhamdulillah...hubungan kami makin baik...

Terima kasih..
Madam...
Atas lamaran Madam untuk seorang kakak lepasan ijazah yang bertanyakan tentang diriku untuk adiknya..
Yang kini sudah terbang ke bumi kenyalang...
Aku mampu senyum dan beralih ke topik yang lain...
Bukan untuk mengelak membicarakan tentang jodoh tapi aku tak fokus lagi tentang hal itu...

Terima kasih Puan,
Atas kesudian Puan melamar diriku untuk anakmu...
Namun...aku bukan tidak mahu menjalinkan ukhwah yang lebih erat denganmu
Aku...tak bersedia..
Senyumanku harap dapat membantu hatimu yang mungkin kecewa denganku...
Tapi..aku tahu dirimu redha dengan ketentuan Tuhan...

Terima kasih ibu angkatku...
Atas keberanianmu datang ke rumah orang tuaku
Sebagai wakil untuk adik iparmu...
Terima kasih sekali lagi...
Atas kehadiranmu untuk mencari jodoh untukku sekali lagi...
Namun..aku tak lagi mampu beri keputusan...

Terima kasih semuanya...
Kepada mu pemuda-pemuda yang ikhlas melamarku...
Kepada mu guru di sekolahku...yang ikhlas mencarikan jodoh untukku...

Terima kasih terutamanya kepada mu Allah...
Atas ketabahan jiwa dalam diriku ini untuk aku mengharungi ujian cintamu ini kepadaku...
Aku tahu ujian cinta yang Engkau berikan kepadaku ini adalah kerana Engkau mahu diriku lebih rapat dan akrab denganMu...
Dan kerana diriMu mahu aku lebih jatuh cinta kepada Amalan cintaMu...

DEEPLY IN MY HEART...
I JUST HAVE ONLY ONE MAN WHO ARE I REALLY LOVE...
---------------------------RASULULLAH S.A.W------------------------

Friday, June 19, 2009

KEMATIAN TIDAK MENUNGGU USIA DAN MASA

semasa program...


Bismillahirohmanirohim...





Dengan Nama ALLAH yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Firman Allah s.w.t dalam surah an-nisa, ayat 100 ..:





Dan barangsiapa berhijrah di jalan Allah , nescaya mereka akan mendapatkan bumi ini tempat hijrah yg luas dan (rezeki) yg banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, yg kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yg dituju), maka sungguh pahalanya telah ditetapkan di sisi Allah. Dan Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.





Saudara saudari yg dikasihi kerana Allah, sesungguhnya kematian itu akan menimpa sesiapa sahaja yg ada di dunia ini sama ada dia adalah seorang pimpinan yg sangat disanjungi oleh pengikutnya, sama ada dia adalah seorang bapa yg kuat imannya, sama ada dia adalah seorang pelajar yg cemerlang di sekolah, sama ada dia seorang wanita yg zuhud di jalan Allah, sama sahaja di saat kematian menghadap ALLAH s.w.t...

Berdasarkan ayat di atas kita dapat memahami dan menelusuri agenda setiap perkataan yg diturunkan oleh Allah s.w.t adalah untuk kita ingat pada diri bahawa kita adalah hambaNya yg pastinya akan kembali kepadaNya suatu masa nanti.

Fokus yg ana hendak bawa kepada saudara/i sekalian ialah tentang nilai kematian di sisi Allah s.w.t ketika kita sedang berada dalam usia 20 an kini. Jika kita lihat tayangan di kaca televisyen sekarang ini yg banyak menghunuskan senjata dunia kepada belia Malaysia. Senjata dunia yg sedang dibawa oleh kaca televisyen tika ini ialah tentang betapa menangisnya si remaja apabila berjaya masuk ke peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir dalam pertandingan realiti tv seperti mentor, pilih kasih dan pelbagai lagi rancangan senjata dunia mereka.

Agak kekesalan di hati ana apabila ada segelintir anak muda di kaca televisyen yg menyatakan bahawa dia masuk ke rancangan realiti tv adalah untuk mengubah nasib keluarga. Astagfirullah...

Betapa mereka tidak nampak ada jalan yg sangat luas untuk berhijrah keluar dari rumah (lihat ayat quran tadi) adalah semata-mata kerana Allah s.w.t dan Rasulullah dan betapa mereka yg berhijrah keluar daripada rumah akan memperoleh rezeki yg luas bukan semata-mata dalam dunia hiburan yg penuh dengan rencah kerosakan antara hak dan batil?

Ini kerana Allah sw.t. ada berfirman :

Daripada surah Al Baqarah, ayat 42 maksudnya :

" Dan janganlah kamu campuradukkan kebenaran dengan kebatilan dan janganlah kamu sembunyikan kebenaran sedangkan kamu mengetahuinya."

Contoh terkini yg ana nampak berlakunya percampuran antara hak dan kebatilan dalam Islam berkaitan dengan program realiti tv kini ialah betapa lembutnya seorang juri ini yg menggunakan kalimah "Bismillahirohmanirohim" ketika hendak mengumumkan penyingikran seorang peserta realiti tv....

Yg mana dia sendiri menjadi jahil bagaimana fungsinya menggunakan kalimah agung berkenaan, beginilah jadinya apabila kita sendiri tidak memahami antara nilai hak dan batil. Jika perkara ini dipandang mudah, maka tidak hairanlah mengapa kita kian hari kian banyak melakukan maksiat.

Kita sendiri tidak perasan akan kejahilan yg berlaku pada diri kita sendiri. Bayangkanlah saudara/i sekalian apakah nilai kematian yg akan kita dapat peroleh daripada Allah s.w.t jika kita sendiri pun "jahil" utk mengenal yg mana hak dan yg mana batil???



Firman Allah s.w.t daripada surah ali-imran, ayat 185 ..:


Setiap yg bernyawa akan merasakan mati. Dan hanya pada hari kiamat sahajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh dia memperoleh kemenangan. KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH KESENANGAN YG MEPERDAYA.

Saudara/i sekalian,

jika ada antara sahabat2 kita, rakan2 kita @ ahli keluarga kita terdorong mahu mengikuti program realiti tv, cepat-cepat berusaha untuk menyelamatkan mereka supaya mereka tidak terus jahil dgn dunia yg sangat2 penuh dgn kemaksiatan itu. Ini kerana, kita hanya mampu berusaha memujuk dengan menggunakan kata-kata yg baik manakala syaitan akan menggunakan kata-kata yg menggoda. Mintalah setiap manusia di dunia ini agar mencari rezeki dan berhijrah kembali ke jalan Allah yg benar dan lurus.Kerana KEMATIAN TIDAK MENUNGGU USIA DAN MASA. Lantaran itu, kalau betul saudara/i orang-orang yg beriman...ikutlah perintah Allah s.w.t ini ...

An-nisa, ayat 135...

Wahai orang-orang yg beriman! Jadilah kamu penegak keadilan, menjadi SAKSI kerana ALLAH, walaupun terhadap dirimu sendiri atau terhadap ibu bapa atau kaum kerabatmu. Jika dia (yg terdakwa) kaya ataupun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatan (kebaikannya). Maka janganlah kamu mengikut hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutarbelitkan (kata-kata) @ enggan menjadi saksi, maka ketahuilah Allah Maha Teliti terhadap segala apa yg kamu kerjakan.

Wallahualam

Wednesday, June 17, 2009

SIFAT BAQO' ALLAH SWT - boleh dilihat daripada surah Ar Rahman

Pada hari jumaat 12/6/09 yang lepas,ana telah mengikut majlis ilmu yg disampaikan oleh Ustaz Ibrahim Istar. Berikut beberapa perkara yg boleh dikongsi bersama ...

Sifat Baqo' bagi Allah s.w.t ialah KEKAL. Perkara yg tidak binasa/ musnah selama-lamanya ialah Zat Allah s.w.t.

10 Perkara yg Allah s.w.t kekalkan ialah dinamakan sebagai Kekal Qa'rodi- Kekal yg mendatang
Kekal mendatang yg dimaksudkan di sini ialah perkara yg telah ditetapkan oleh Allah s.w.t dengan kehendakNya :

1) Syurga
2) Neraka
3) Arasy
4) Luh Mahfuz
5) Kursi
6) Roh
7) Qolam
8) Jasad orang mati syahid
9) Jasad Roh dan Nabi
10) Benih manusia yg wujud di tulang punggung yg paling hujung (tulang tonsil) @ a'jbulzambi

Huraian :
1) Syurga adalah tempat yg telah ditetapkan oleh Allah s.w.t untuk setiap hamba-hambaNya yg soleh

2) Neraka,
Terdiri daripada tujuh tingkat yg mewakili tujuh anggota zahir kita iaitu mata, telinga, lidah, tangan, kaki, perut dan kemaluan.
*sila rujuk surah-surah tertentu yg mana Allah s.w.t ada memberikan penerangan dgn lebih terperinci tentang fungsi anggota2 zahir ini. Contoh : surah an-nisa, al-isra', al-baqarah, al-mumtahanah,al-mujadillah.

3) Arasy
Arasy bermaksud lindungan daripada Allah s.w.t ketika di padang Mahsyar.
Ciri-ciri manusia yg mendapat perlindungan arasy Allah s.w.t ialah :
a) Pemimpin yg adil
b) Pemuda yg wara'
c) Dua orang/ kumpulan yg berjumpa dan berpisah kerana Allah s.w.t. Contoh:usrah, majlis ilmu
d) Seseorang yg hatinya sentiasa tertambat di Rumah Allah s.w.t.
e) Seseorang yg sentiasa bangun malam sambil menangis-nangis, bermanja-manja dengan Allah s.w.t dan istiqamah melaksanakannya
f) Seseorang yg menginfakkan hartanya pada jalan Allah s.w.t tanpa diketahui tangan kirinya.
Contoh : pada suatu hari, Aisyah r.a Ummul Mukminin telah mendapat wang sebanyak 200 dirha, terus diberikan wang tersebut kepada semua hambanya. Sehingga apabila Aisyah hendak membeli makanan untuk mengalas perutnya, beliau tidak ada wang lantas ditegur oleh pembantu mengapa tidak disimpan sedikit wang untuk membeli makanan. Lalu, Aisyah r.a menjawab kepada pembantunya mengapa engkau tidak mengingatkan aku.
g) Seorang pemuda apabila diajak oleh seorang perempuan untuk melakukan zina, lantas ditolaknya kerana takut kpd Allah s.w.t


4) Luh Mahfuz
Luh Mahfuz adalah papan yg tertulis segala perkara yg ditetapkan oleh Allah s.w.t kepada kita

5) Kursi ialah Lambang kebesaran kerajaan Allah s.w.t.-rujuk surah Al Mulk

6) Roh adalah nyawa yg kekal, pindah daripada dunia ke alam barzakh
Asal roh adalah daripada syurga

7) Malaikat Qolam
Penulis @ pena kepada Luh Mahfuz

8) Jasad orang yg mati syahid adalah jasad orang yg berada di akhirat

9) Jasad Rasul dan Nabi adalah jasad yg masih kekal sehingga kini.

10) Benih daripada tulang punggung manusia JUGA akan ada sehinggalah tulang kita dalam kubur menjadi reput

Tambahan :
Manusia yg menjadi keldai ialah apabila :-
Solat berjemaah mendahului imam

Orang-orang yg jasadnya kekal ialah :
1) Al-Hafiz
2) Al Muazim yg istiqamah

Orang yg diheret spt babi ialah :
Orang yg tidak sembahyang
Orang yg bercakap hal-hal dunia dalam masjid
Orang yg bercakap hal dunia ketika Al Quran di baca
Orang yg bercakap hal dunia ketika dalam majlis ilmu
Orang yg bercakap hal dunia ketika di tanah perkuburan

Wallahua'lam

ALLAH PENGURUS MANUSIA

Bismillahirohmanirohim

Dipanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana memberikan kelapangan kepada kita semua untuk menguntum senyuman pada hari ini.

Firman Allah s.w.t daripada surah daripada surah Asy-Syarh (diturunkan di Makiyyah)
Maksudnya :
1) Bukankah kami telah melapangkan dadamu Muhammad?

2) dan Kami telah menurunkan bebanmu darimu,

3) Yang memberatkan punggungmu

4) dan Kami tinggikan sebutan (namamu) bagimu,

5) Maka sesungguhnya bersama KESULITAN ada KEMUDAHAN

6) SESUNGGUHNYA BERSAMA KESULITAN ADA KEMUDAHAN

7) Maka, apabila engkau telah selesai (dari sesuatu URUSAN), tetaplah bekerja KERAS(untuk urusan yang lain)

8) Dan hanya kepada Tuhanmulah ENGKAU BERHARAP

Ayat ini menunjukkan kepada kita bahawa adalah amat penting untuk kita menghayati makna sebenar perjuangan di dunia. Sebanyak manapun kesulitan yg kita hadapi, sebanyak manapun kepayahan yg kita tanggungi, ingatlah kita kepada Allah sw.t yg telah memberikan tawaran kepada kita untuk mengembalikan semua usaha dan urusan kita hanyalah kepada Allah s.w.t.
Ini kerana segala urusan kita tetaplah sudah dicatatkan oleh malaikat yg bernama Qolam
Iaitu malaikat yg telah menyiapkan semua jadual perjalanan hidup kita semua sebelum kita dibawa ke dunia ini.

Kita mengertikan bahawa kita adalah perancang masa depan kita, namun ingatlah bahawa Malaikat Qolam sudah menyediakan hidangan untuk perjalanan kita di dunia ini ketika roh kita masih di Luh Mahfuz lagi.

Lantaran itu, kuatkan lah hati kita semua demi Agama Allah.

Luahan hati:
"Sabtu ini ana akan mengajar dan menjaga peserta tahfiz mingguan sedangkan keesokannya ana akan pulang ke kampung. Petangnya pula ada syura untuk penyediaan pengisian program dengan anak-anak dari Rumah Kebajikan Masyarakat. Justeru, mesti perlu berada di samping keluarga...namun demi Allah dan Rasulullah dan demi mencapai keredhaan Allah...ana Hamba yg Dhaif menerima urusan Allah ini...(bukan utk riak dan takabur tp sbg p'ingatan diri bahawa, sesibuk mana pun kita dengan keluarga, Islam tetap kita perlukan,cuma Islam yg tidak memerlukan kita...Perjuangan islam tidak rugi tanpa kita...tetapi kita akan rugi tanpa perjuangan islam)

Wallahua'lam

Sahabat2, doakanlah perjuangan ana ini semoga ana sentiasa berada dalam kerahmatan Allah

Kenangan Perjuangan Hamba Dhaif

Berdakwah bersama anak-anak yatim dan peserta yg hadir.

Selami hati anak-anak yatim akan membuatkan kita lebih kuat utk menyayangi ibu bapa dan orang di sekeliling kita.


Syura...syura...dakwah apa yg sesuai dilaksanakan yea???







masa perjuangan pertamaku bermula di At Taqwa...Ini Ishaq Uzair, anak kak shim dan ustaz Azhan





semasa sesi rehat fasilitator-Soleh, Ustaz Mat Nor, Kak Zue-cute, Rahmah